Wednesday, November 10, 2010

KATA-KATA HIKMAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam kehidupan seharian kita sering terjumpa kata-kata hikmat ,kadang-kadang terbaca dalam surat khabar,di majalah, didinding sekolah,di lobby pejabat kerajaan,disurau,dimasjid dan dalam buku sekolah anak-anak kita.Tapi kebanyakannya kita tidak ambil kisah atau-atau sekurang-kurang membaca walau pun tidak berhasrat untuk mengamalkannya.Tapi kita sebagai manusia biasa tidak salah untuk cuba membaca,memahami dan mengamalkannya jika elok dan sesuai pada kita.

Sewaktu saya mula-mula masuk disekolah anak lelaki ke3 saya diSMT Ampangan, terasa saperti masuk sebuah gedung buku yang penuh dengan kata-kata hikmat ,nasihat, pesanan samada ditampal didinding,disyiling, dipintu masuk,dikantin dan didewan...manakala disekolah anak lelaki sorang lagi di saujana impian kajang, anda akan berjumpa kata-kata hikmat di pagar sekolah rendah bersebelahan.

kalau tak caya boleh baca...melalui gambar yg saya ambil .....



makmal IT SMT Ampangan.Seremban.


TO LEARN BY HEART(to commit to memory)..papan jenis begini banyak digantung disyiling bangunan sekolah ini.kalau nak baca kena dongak...lengoh jugak leher kita dibuatnya..


bukan senang nak cari kata-kata hikmat ini kalau tidak ada kesungguhan guru-guru sekolah ini..kerana ia melibatkan kos,masa,dan minat yg mendalam...


Tajam makna peribahasa ini .untuk memahami maksudnya kena baca dengan mata hati.....


Umar al Khattab salah seorang khalifah islam yang terkenal dan sahabat nabi yang rapat,seorang yang digeruni lawan tetapi zuhud,warak dan mencintai allah dan rasulnya melebehi yang lain.


Prof Dr Hamka seorang ulama Indonesia terkenal di benua asia tenggara, ajarannya menjadi ikutan,kata-katanya menjadi penawar hati manusia..




Den kalau baca orang putih boleh la macam biasa tapi kalau nak faham makna tersirat tu susah sikit....kao orang baca dan faham la sendiri...."MERENTAS API DAN AIR"


orang putih lagi......BANYAK NANGIS DAN SEDIKIT KAIN (banyak bercakap dengan sedikit keputusan) betul ke saya translate ni.......


Ahmad Shauqi ni kita tidak berapa kenal tapi beliau seorang DR motivasi terkenal....mungkin murid-murid sekolah ni kenal kot.... "sebelum engkau mati,peliharalah sebutan tentang dirimu........


Kata-kata allahyarham Pak Hamka memang berbisa,,sepatutnya telah menjadi sebati dijiwa pelajar disini, tetapi adakah ianya berkesan membentuk peribadi luhur dan mulia....

sebenarnya ada banyak lagi papan tanda hikmat disekolah ini,,tak jemu membaca....tapi jgn tengok lama-lama, sakit tengkok wooo...

ini lagi......
ini lagi...


ini lagi.....



ini lagi....



ini lagi......

ini lagi......


berapa banyak lagi da......pendek kata tidak jemu mata memandang.Saya salute usaha guru-guru disini. Harap pelajar dapat menafaat dari usaha yg dibuat oleh guru mereka....SELAMAT MAJU JAYA SMT AMPANGAN SEREMBAN N.S.

Papan iklan hikmat ini terdapat di pagar sekolah rendah SAUJANA IMPIAN KAJANG....".GENIUS IS 1% INSPIRATION AND 99% PERSPIRATION "(genius ialah 1% inspirasi dan 99% kerja kuat)



"LIFE WITHOUT CHALLENGES IS NOT WORTH LIVING"
hidup yang tidak dicabar tidak bernilai dalam kehidupan...

TO GET THE BEST I ALWAYS GIVE MY VERY BEST
untuk mendapat hasil yang terbaik,saya akan melakukan sesuatu kerja terbaik yang terdaya.
"LEARNING IS A TREASURE THAT WILL FOLLOW ITS OWNER EVERYWHERE"
pembelajaran adalah khazanah yang akan mengikut tuannya kemana-mana sahaja.

TEACHERS OPEN THE DOOR BUT YOU MUST ENTER BY YOURSELF
guru yang membuka pintu tetapi anda harus masuk dengan sendiri

Jalan ni menjadi sebok setiap pagi ,tengahari dan petang dengan anak murid ,ibubapa dan guru yang datang dan balik tapi saya tak pasti adakah mereka perasan akan papan ini, atau kalau perasan pun adakah mereka membacanya, atau pun kalau baca adakah ianya meresap dalam hati.....jiwa dan sanubari....saya rasa murid2 sekolah rendah mungkin buat tak kisah sebab belum berapa paham...tapi orang dewasa....tak tahu la.Walau apapun saya ucapkan SELAMAT MAJU JAYA JUGA DI UCAPKAN KEPADA GURU2 ,AJK PIBG,DAN IBU BAPA DAN ORANG PERSAORANGAN YANG MENAJA IKLAN TERSEBUT.....




salah satu hobi saya ialah membaca iklan....lebih-lebih lagi yang tertulis kata-kata hikmat kerana ianya kadang-kadang membuka minda kita untuk berfikir.kata orang berfikir sesaat lebih baik dari ibadat seribu tahun....tapi bagi saya kedua-duanya memberi menafaat.......macam kata Nabil lawak "LU FIKIR LA SENDIRI"

simpang 4 jalan masuk ke sekolah SMT Ampangan....Sekian Wassalam.