Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts
Showing posts with label RENUNGAN. Show all posts

Friday, October 29, 2010

IBU ,KAU RATU HATI KU

IBU KU-kau ratu hidup ku

KISAH 1

Tumbuk ibu sampai koma

Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
HARIAN METRO 27/10/10


KISAH 2

Ugut bunuh, bakar rumah emak


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual.
Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.

Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.
HARIAN METRO 27/10/2010

 

KISAH 3BERTEMU IBU SELEPAS 6 TAHUN BERPISAH.

2010/10/26

SITI ROHANI mencium cucunya sambil diperhatikan Siti Faizah ketika ditemukan semula  di Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, semalam.
SITI ROHANI mencium cucunya sambil diperhatikan Siti Faizah ketika ditemukan semula di Pusat Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia, semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas hampir enam tahun terpisah akibat sedikit perselisihan faham, akhirnya Siti Faizah Abu Bakar, 27 dan ibunya dipertemukan selepas berita mengenai kesusahan hidupnya yang menjadikan jambatan sebagai tempat berteduh mendapat liputan meluas media baru-baru ini.

Pertemuan Siti Faizah bersama suami, Hazmain Abdul Jalil, 28 dan anaknya, Siti Norafidah, 5, dengan ibunya, Siti Rohani Abdullah, 52, lebih menyayat hati apabila dimaklumkan bapanya sudah meninggal dunia Julai lalu sebelum sempat menemuinya.
UTUSAN MALAYSIA.26/10/2010

KISAH 4
Pukul ibu hingga cedera dilaknat
KUALA TERENGGANU – Mana-mana individu yang sanggup memukul ibu kandung mereka sendiri sehingga mendatangkan kecederaan termasuk koma boleh digolongkan dalam kelompok anak derhaka.

Iman Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, perkara itu memang jelas disebutkan dalam Islam dan anak derhaka tidak akan mendapat kehidupan yang baik sama ada di dunia mahupun akhirat.

Menurutnya, menjalani kehidupan tanpa rahmat Allah SWT dan ibu bapa juga menyebabkan hati mereka tidak akan berasa tenang, mudah ditimpa musibah dan sering dirundung malang yang tidak berpenghujung.

“Dalam hadis sendiri ada sebut, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa dan oleh itu, jika ibu kita marah sudah pasti Allah juga akan marah kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang anak menumbuk ibu kandungnya sendiri sehingga koma selepas anak-beranak itu bertengkar di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, Kemaman.

Lantaran tumbukan di bahagian pipi kiri tersebut, si ibu yang berusia 49 tahun jatuh tersembam sebelum mukanya terkena meja sehingga menyebabkan tulang di bahagian kening kiri ibu malang itu patah.

Lebih menyedihkan sehingga semalam ibu terbabit masih belum sedar daripada koma dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kemaman.

Semuanya berlaku berikutan sikap panas baran si anak berusia 25 tahun yang tidak berpuas hati apabila melihat persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 6 November depan agak perlahan.

Sambil melahirkan rasa kesalnya terhadap kejadian tersebut, Aizi Saidi berkata, lelaki seperti itu tidak se-suai dijadikan pasangan hidup kerana kegagalannya menghormati dan menyayangi ibu kandungnya sendiri.

Malah katanya, sekiranya lelaki berkenaan berkahwin dan membina rumahtangga, keluarga yang dibinanya juga tidak akan mencapai kebahagiaan disebabkan Allah tidak memberi rahmat kepadanya.

Sehubungan itu menurut Aizi Saidi, mana-mana individu yang termasuk dalam golongan anak derhaka perlu memohon ampun kepada ibu bapa mereka dan bertaubat kepada Allah supaya hidup mereka tidak dilaknat.

“Ramai orang gagal me-ngawal api kemarahan mereka kerana kurangnya kekuatan iman dalam diri masing-masing dan atas sebab itu, terjadilah perkara di luar batasan termasuk memukul ibu bapa sendiri.

“Ada juga sampai ke tahap membunuh ibu bapa kerana iblis sudah menguasai jiwa dan dalam mengatasi perkara ini, kita kena banyak melakukan amalan baik seperti zikir, membaca al-Quran dan mendekati ulama,” katanya.
AKHBAR SINAR 28/10/10

KISAH 5
Anak bersyukur ibu selamat

TOKAI – Sesungguhnya kehadiran seorang ibu itu tiada galang gantinya jika hendak dibandingkan dengan harta benda yang sifatnya hanya sementara.

Begitulah yang dirasakan mangsa kebakaran di Kampung Kubang Jelai di sini, apabila ibu tersayang selamat dalam kejadian itu yang berlaku Ahad lalu.

Sinar Harian difahamkan kebakaran itu menyebabkan rumah dua tingkat mangsa hangus dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM150,000.

Rumah itu diduduki enam beranak bersama ibu mereka yang berusia 75 tahun.

Mangsa, Abdul Mutalib Sudin, 43, berkata, ketika kejadian itu berlaku, dia berada di sawah padi berdekatan, manakala isterinya baru sahaja keluar untuk mengambilnya di sawah memandangkan hari hampir gelap.

“Saya bersyukur ibu saya selamat kerana ketika itu hanya dia seorang yang berada di rumah. Walaupun tiada harta benda yang sempat diselamatkan, namun ibu selamat sudah cukup bagi saya.

“Saya dimaklumkan jiran bahawa ketika kejadian, ibu saya berada di atas tangga hadapan rumah. Apabila ibu menyedari kejadian itu, dia cuba masuk ke dalam rumah untuk mengambil kad pengenalan diri namun dihalang jiran,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Habibah Wahab, 40, berkata, dia tidak menyangka rumah mereka akan terbakar.

“Sebelum keluar, rumah saya berada dalam keadaan baik dan tiada apa-apa bau yang mencurigakan. Saya keluar hampir 15 minit untuk mengambil suami di sawah dengan menunggang motosikal.

“Ketika dalam perjalanan pulang, saya lihat kepulan asap dan melihat orang ramai berlari menuju ke arah rumah saya,” katanya.

Habibah berkata, ketika sampai, dia melihat api terlalu marak, tetapi bersyukur ibu mertuanya itu selamat walaupun sebuah lori, empat motosikal dan harta lain tidak sempat diselamatkan.

Selain itu, abang mangsa, Abdul Ghani Sudin, 58, berkata, ketika kejadian dia berada di rumahnya. Dia juga tidak mampu menyelamatkan apa-apa melainkan membawa ibu jauh daripada tempat kejadian.

Turut hadir melawat mangsa kebakaran itu, Timbalan Ketua Bahagian UMNO, Datuk Shamsudin Tahir yang hadir menyampaikan sumbangan barang keperluan dan wang tunai.
AKHBAR SINAR 28/10/10

KISAH 6

Lari dari rumah: Siti Rohani dirayu pulang

26/09/2010 3:45pm

PENDANG - Sepasang suami isteri, Abidin Osman, 56, dan Salmah Hassan, 49, dari Kampung Keda Tanjung Setul di sini merayu anak perempuan mereka, Siti Rohani, 21, yang lari dari rumah sejak 20 September lalu agar pulang ke pangkuan keluarga.
Salmah berkata, Siti Rohani dipercayai lari dari rumah bersama seorang rakan lelaki kira-kira pukul 5 pagi hari berkenaan, dipercayai untuk ke Singapura untuk mencari pekerjaan.
Katanya, anaknya yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Prai, Pulau Pinang itu baru sahaja melangsungkan pertunangan 10 September lalu dengan lelaki pilihan keluarga dan dijadual melangsungkan perkahwinan bulan depan.
"Malam sebelum kejadian itu dia ada cakap tak boleh duduk rumah dan dia asyik pegang telefon bimbit. Kemudian dia ada cakap dekat mak cik yang dia sangat sayangkan makcik sambil menangis.
"Mak cik tak sangka kata-kata dia itu petanda yang dia akan lari dari rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini. - Bernama

KOSMO 26/9/2010

.........../////...........................///////.................................///////..................................


KAMI BAHAGIA KERANA DOA IBU




Pada 14/10/2010 yang lalu genap usia ibu ku 71 tahun.Ibu lahir pada 14/10/1939 di kampung baru kuala lumpur.Saya bersyukur kerana masih ada ibu atau mak.Tapi ada diantara kita tidak menghargai ibu.Kisah diatas adalah contoh segelintir sikap anak-anak kita sekarang.

Ada yang memukul ibu,ada yang benci ibu,ada yang lari meninggalkan ibu kerana perselisihan kecil, ada yang membuang ibu kerumah orang tua, ada yang menipu ibu dgn mencuri wang pencennya.Macam-macam lagi dilakukan pada ibu...tapi ibu tidak pernah berdendam walaupun hatinya terluka...




Wahai anak-anak ku

Hargai lah ibu semasa masih ada masa,

ziarahi lah ibu dan bawa buah tangan beri pada ibu

sayangilah ibu,peluklah ibu sewaktu bertemu dan berpisah

sentuhlah ibu,cium tangan ibu

berbuallah dengan ibu,senyumlah pada ibu

berkatalah pada ibu dengan suara yang rendah dan lunak

jangan kau meninggikan suara mu meskipun kau marah

pimpinlah ibu sewaktu ia berjalan

janganlah kau biarkan ibu jalan sendirian

pandang lah ibu apabila ia memandang kepada mu

telefonlah ibu tanyakan khabarnya.

balik lah tengok ibu pada hari raya atau setiap minggu

sumbangkan sedikit rezeki mu pada ibu

doakan keselamatan ibu dunia dan akhirat setiap lepas solat

apabila sudah berumah tangga bawa anak-anak mu apabila melawat ibu

kenalkan dan tunjukkan kasih sayangmu pada ibu nescaya anak mu akan sayang pada mu

jika ibu sakit bawanya berjumpa doktor meski pun ibu kadang2 keberatan ke klinik atau hospital

penuhi permintaan ibu selagi masih mampu

wang boleh dicari tapi hanya ada satu ibu dalam dunia ini.

kita tidak tahu apa akan jadi esok

akan adakah lagi ibu...

atau kita tidak sempat memohon ampun pada ibu

kerana kita pun tidak tahu adakah esok kita masih ada untuk menatap ibu

oleh itu jangan tunggu esok, kerana hari ini juga tidak menunggu kita...

WASSALAM

Wednesday, October 20, 2010

Perangkap Haram Dalam Rezeki 'Halal'


MASJID JAME' KAJANG...



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dua minggu lepas, saya ada menerima email dari seorang kawan yang juga menerima nya dari kawan lain dan kawan tersebut menerimanya dari orang lain. Mula-mula baca tak berapa perasan sebab ingat macam email berantai je tapi bila baca berulang kali saya mula terperasan akan isi kandungan email tersebut.Ianya merupakan perbualan dua sahabat yang di tulis semula dan diedarkan untuk tatapan dan renungan semua . Banyak nasihat didalam nya samada yg tersirat atau tersurat.

Dibawah ini saya copy /paste email perbualan tersebut.Korang bacalah sampai habis.Kisah nya berkisar mengenai Haram dan Halal.


KADANG-KADANG BERTANYA JUGA HATI ..ADAKAH AIR YG KU MINUM INI DARI SUMBER YG HALAL?

Perangkap Haram Dalam Rezeki 'Halal'

"Tak kan kerja yang saya buat sekarang ni tak halal?"

"Eh, kenapa pula tiba-tiba awak merungut ni?"

"Semalam saya minta nasihat seorang ustaz... biasalah tentang masalah anak-anak. Macam-macam panduan diberikannya. Tapi yang tak berapa sedap tu, akhir-akhir sekali ustaz tu berpesan, teliti betul-betul rezeki yang kita berikan kepada anak-anak. Halal atau sebaliknya," katanya.

"Oh, tentang pengaruh rezeki terhadap hati dan sikap anak-anak?" Celah saya.

"Bukan itu kemusykilan saya. Itu dah lama saya faham. Rezeki yang halal membentuk hati yang bersih dan sikap yang baik. Begitu juga rezeki yang haram, membentuk hati yang kotor dan sikap yang buruk. Tapi yang menimbulkan tanda tanya... kenapa ustaz tu menyentuh soal halal-haramnya rezeki sedangkan dia tahu saya bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan. Agaknya dia ni parti pembangkang tak?" Tebaknya tiba-tiba.

"Isy, awak ni, ramai anggota parti pembangkang pun bekerja dengan kerajaan..." saya menafikan.

"Saya agak, saya faham apa maksud sebenar ustaz tu," kata saya.

"Ada yang tersirat?"

"Taklah tersirat sangat, cuma kita perlu berhalus lagi... Dalam yang halal pun kekadang terselit yang haram dan syubhat," jelas saya.

"Ni yang saya suka dengan awak. Mesti ada dimensi berbeza... Maksud awak?"

"Maksud saya, walaupun jenis kerja dan tempat kerja kita memang halal, tetapi ada juga kerja-kerja haram yang boleh memerangkap kita di situ. Misalnya, curi masa... Ramai orang gunakan waktu pejabat buat 'bisnes' peribadi. Berniaga sambil bekerja. Tak kurang yang curi tulang... tidur atau berbual-bual kosong di kantin dalam jangka waktu yang lama...."


KALAU SUMBER MAKANAN HALAL TAPI BELI DENGAN DUIT YG DI RAGUI HALAL...HALALKAH IA?

Saya lihat mukanya berubah.

"Kalau macam tu, ada juga sikit-sikit saya buat... lagi?"

"Gunakan harta organisasi untuk kegunaan sendiri. Bawa balik kertas, alat tulis, kenderaan hak jabatan ke rumah dan lanyak macam harta sendiri. Begitu juga perbuatan membazirkan sumber tenaga di tempat kerja. Elektrik, air dan sebagainya digunakan tanpa berhemat... Itu menjejaskan 'kehalalan' rezeki yang kita dapat."

"Apa bidang kerja awak sebagai pegawai di jabatan kerajaan?"

"Eh, besar juga. Dah lama saya di situ. Luluskan lesen, tender dan kontrak pun ada juga saya terlibat."

"Itu lagi perlu berhati-hati."

"Sorry... yang haram-haram tak main le," guraunya.

"Betul tak haram subjeknya. Tetapi prosesnya macam mana?" Pintas saya serius.

Saya menyambung, "Apa pertimbangan kita dalam meluluskan kontrak dan menganugerahkan tender kepada sesuatu pihak... Mesti berdasarkan kemampuan, reputasi dan kompetensi. Bukan kerana dia adik-beradik, saudara-mara dan sahabat kita."

Mukanya berubah lagi.

"Atau lebih parah lagi kalau kita ada syarikat sendiri yang kita 'proksi'kan kepada orang lain lalu syarikat itulah yang kita anugerah tender atau sesuatu kontrak. Itu rasuah namanya."

Tak tergamak pula saya nak meneruskan percakapan... mukanya benar-benar berubah.

"Tapi salah ke kita buat 'part time'?"

"Tak salah. Asalkan benar-benar 'part time'. Hujung minggu, waktu cuti apa salahnya. Ini memanfaatkan ruang. Yang salah ialah kerja pejabat jadi part time, kerja sendiri jadi full time."

"Kalau campur-campur?"

"Tulah jadinya... yang halal pun campur-campur jugalah."

"Lalu jadi haram?"

"Tak arif saya nak menghukum. Tapi bertanyalah pada hati sendiri..."

"Hati lagi? Macam mana tu?"

"Macam mana rasa hati kita sewaktu melakukan kerja-kerja negatif tu. Kalau ada rasa bersalah, rasa tak 'clear', itu tandanya fitrah kita terusik. Itu juga petanda apa yang kita buat itu dosa atau setidak-tidaknya syubhat."

"Oh, jadi belum confirm dosa lagilah... Baru syubhat."

Saya diam. Saya tenung wajahnya.

"Awak nak anak awak jadi benar-benar soleh ke atau sekadar baik sikit-sikit?"

Dia diam.

"Atau jahat sikit-sikit?"

Dia diam lagi.

"Inilah maksud ustaz tu, teliti soal rezeki..."

"Tapi kata orang sekarang, kalau kita tak ambil peluang, orang lain ambil peluang. Sampai bila kita nak berada di takuk lama," celahnya tiba-tiba.

"Maksud awak?"

"Kita juga nak rumah besar, kereta yang selesa..."

"Mana penting, rumah besarkah atau isi rumah tangga kita? Kereta mewah ke atau pemandu dan penumpangnya? Percayalah, harta kita ialah anak-anak dan isteri kita... mereka itulah yang perlu kita didik dan pimpin jadi soleh dan solehah."

Dia diam agak lama. Kemudian dia merenung saya dengan mata tidak berkedip.


WANG BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TETAPI DALAM DUNIA INI SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG.
MANUSIA BOLEH TERANG MATA KERANA WANG, TETAPI BOLEH JUGA GELAP MATA KERANA WANG.

"Baru sekarang tersingkap di minda saya, rupa-rupanya dalam pekerjaan yang halal ada juga perangkap yang haram dan syubhat. Payah benar mendapat rezeki yang benar-benar halal," ujarnya.

"Sebab itu payah benar mendapat isteri dan anak yang soleh dan solehah sekarang ni."

"Rupa-rupanya kesalahan yang kita buat kepada syarikat atau jabatan akan kembali semula dalam bentuk keburukan kepada keluarga kita."

"What you give, you get back. Kita bagi baik, dapat baik. Begitulah sebaliknya."

"Jadi, apa jalan keluar bagi sesiapa yang dah terlanjur?"

"Pulangkan, bayar semula dan ganti kembali apa yang tercuri, terguna dan terbuang... Dan hentikan perbuatan negatif itu serta-merta."

"Wah sukarnya..."

"Selain itu, keluarkan zakat. Zakat itu mekanisme pembersihan harta... untuk membersihkan diri. Kerja atau usaha halal yang bercampur-baur dengan elemen negatif dapat dibersihkan dengan mengeluarkan zakat. Tapi kalau harta curi... mana layak dikeluarkan zakat? Hanya harta yang halal, justeru yang halal pun boleh tercemar."

"Awak tahu apa masalah anak saya yang saya minta nasihat dari ustaz tu?"

Saya menggelengkan kepala.

"Taklah besar. Bukan mencuri. Bukan membuli. Tapi anak-anak saya suka sangat membazir dan bermewah-mewah... Selera dan citarasanya semakin keterlaluan. Tapi tu kecil aje kan?"

"Tak kecil tu. Itu simptom awal penyakit cinta dunia. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, cinta dunia itu kepala segala kejahatan. Daripada situlah timbulnya pelbagai sifat mazmumah seperti pemarah, ego, hasad, gila puji dan sebagainya. Dia belum mencuri kerana segala-gala masih ada... awak masih mampu memberinya. Dia belum membuli... kerana dia belum berkuasa, awak masih mampu mengawalnya."

Dia diam. Saya diam. Namun hati saya terus berkata, cukuplah dikira seseorang itu berdosa, apabila dia tidak merasa berdosa... ...PERBUALAN INI TAMAT DISINI.



..............................///////..............................................///////......................................................

Adakah anda termenung,? saya pun termenung jugak.......


Adakah minda anda terbukak, minda saya pun terbukak jugak.....

Perkara halal dan haram berada di mana-mana ,berlegar disekeliling kita,kadang-kadang boleh dibezakan tetapi kadang-kadang susah juga nak di bezakan...


Ada perniagaan tu memang sah HARAM tetapi menjadi HALAL bila diberi lesen.
Ada tu perniagaan yang dilakukan HALAL pada pandangan kita tapi menjadi HARAM sebab tiada label HALAL.Pening kita dibuatnya...saya bukan ustaz yang menentukan hukum...tapi ada juga belajar tentang bab ini sewaktu kecil dan remaja dulu dengan ustaz dan melalui buku-buku agama...

Bagi saya kalau nak mudah ,ikut apa yang disuruh agama islam,yang HALAL kita ambil ,yang HARAM kita buang dan kalau ragu-ragu tinggalkan saja,kalau tak yakin tanya pada orang yang arif..jangan kita memandai-mandai sendiri......wassalam.


INGAT BANG..BIAR GAJI KITA SEDERHANA ASALKAN HALAL....
INSYALLAH ABAH INGAT....UMI JANGAN RISAU..DOAKAN ABAH SELAMAT PERGI DAN BALIK KERJA...